warga Sekolah Agama Lebai Mohd Ya'kob

warga Sekolah Agama Lebai Mohd Ya'kob

ALLAHYARHAM LEBAI MUHAMMAD BIN YA'KOB

ALLAHYARHAM LEBAI MUHAMMAD BIN YA'KOB

Selasa, 29 September 2009

ISU MORAL : KEGIATAN HOMOSEKSUAL DI KALANGAN ORANG MELAYU DI MALAYSIA

Akhir-akhir ini kita sering didedahkan dengan pelbagai isu sosial yang melibatkan orang Melayu yang beragama Islam. Ini termasuklah isu murtad, pergaulan bebas dan gejala sosial seperti homoseksual, gay dan lesbian. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan homoseksual semakin berkembang bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Apa itu homoseksual? Bagaimana ia muncul di tengah-tengah arus kemodenan?

Homoseksual ditakrifkan sebagai hubungan seksual antara orang yang sejenis jantinanya, baik sesama lelaki atau sesama wanita. Namun istilah homoseks ini biasanya digunakan untuk lelaki. Beberapa pakar mempunyai pendapat yang berbeza mengenai homoseks Dr. Sarlito Wirawan Sarwono mengatakan : “ Homoseksual adalah hubungan seks antara dua orang yang sama jenis kelaminnya.” . Manakala Dr. Ali Akbar mengemukakan bahawa yang dimaksud dengan homoseksual adalah mencari kepuasan seksual dengan jenis yang sama. Dr. Eustace Chesser pula berpendapat bahwa homoseksual adalah cinta di antara orang dari jantina yang sama.

Istilah lesbian diistilahkan bagi wanita-wanita yang melakukan hubungan seksual sesama wanita. Lesbian ertinya para wanita lesbian ini cenderung untuk mencintai sejenisnya dan ia akan mendapatkan kepuasan seks bila dilakukan dengan wanita, bukan dengan lelaki.

SEBAB-SEBAB TERJADI HOMOSEKSUAL

Pakar seksologi mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sebab wujudnya hubungan sesama jenis. Ada yang mengatakan kerana pembawaan dan ada pula yang berpendapat kerana faktor-faktor psiko. Beberapa penyebab telah dikesan pakar seksologi mengapa seseorang menjalani hubungan sesama jenis antaranya Moerthiko berpendapat bahawa homoseksual itu terjadi kerana pengalaman-pengalaman di masa lampau tentang seks yang meninggalkan kesan mendalam pada pemikirannya. Ini diperhatikan pada kehidupan seharian, samada dipengaruhi peristiwa masa lalu didera secara seksual. Sebagai contoh, hal yang berlaku di sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah yang hanya mempunyai satu gender sahaja. Kemungkinan terhadap kewujudan golongan ini agak tinggi.

Ann Landers mengatakan bahawa homoseksual atau lesbian boleh terjadi kerana salah didikan semasa kecil atau perlakuan orang tua yang salah. Misalnya ibu bapa terlalu inginkan anak lelaki atau anak perempuan, semasa dalam tempoh membesar, anak lelaki atau anak perempuan itu diasuh dengan cara yang sebaliknya ( tidak mengikut keperluan jantina ) dari segi pakaian, akhlak dan perilaku anak.

Zakiah Darajat mengatakan bahawa wujudnya homoseksual atau lesbian itu kerana dipengaruhi persekitarannya, seperti terjadi pada orang-orang yang hidup terpisah, yang jauh dari lawan jantinanya, mungkin disebabkan kerana tugas, adat kebiasaan, atau peraturan yang sangat keras, yang tidak memberikan kesempatan untuk berkenalan dengan lawan jantina.

Peranan ibu bapa turut menyumbang kepada penyelewengan sifat golongan ini. Tokoh ayah terlalu dominan dan ibu pasif menghasilkan anak perempuan yang agak menonjol sifat kelelakiannya. Begitu juga sebaliknya ibu terlalu dominan dan ayah pasif, keadaan ini dilihat pada anak lelaki yang dibesarkan oleh ibu dan dikelilingi adik beradik perempuan, menjadikan ia berkelakuan seperti perempuan lazimnya. Umumnya hal-hal sebegini dianggap oleh pakar sebagai penyebab utama wujudnya golongan homoseksual.

Selain itu, terdapat di antara mereka yang terlibat dalam homoseksual mempunyai peribadi yang lemah. Mereka tidak yakin pada jantina sendiri, malah sering merasa diri mereka mempunyai jantina yang berlawanan dengan keadaan semula jadi mereka.

Hukum dan Pendapat Ulama Tentang Homoseks dan Lesbian

Syariat Islam memandang bahawa perbuatan homoseks dan lesbian itu haram, dan para ulama juga telah sepakat tentang pengharamannya.
Para Ulama Fiqh sepakat mengharamkan lesbian ini berdasarkan Hadits Nabi :
“ Janganlah lelaki melihat aurat lelaki dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain dan janganlah lelaki bersentuh dengan lelaki lain di bawah sehelai kain dan janganlah wanita dengan wanita lain di bawah sehelai kain.” ( HR. Abu Daud, Muslim, Ahmad, dan Tirmidzi ).

Namun, Para Ulama Fiqh berbeda pendapat tentang hukuman bagi orang yang menjalani hubungan sesama jenis :
Imam Syafi’i berpendapat bahwa pasangan sesama jenis dihukum mati berdasarkan hadits Nabi, riwayat Khamsah dari Ibnu Abbas :

من وجد تموه يعمل عمل قوم لوط فاقتلوا الفاعل و المفعول به ( رواه الخمسة )

“Barangsiapa menjumpai orang yang berbuat homoseks seperti yang dilakukan kaum Luth, maka bunuhlah si pelaku dan yang diperlakukannya ( pasangannya ).

Pendapat al-Auza’i, Abu Yusuf, dan lain-lain, hukumannya disamakan dengan hukuman zina, yakni hukuman dera dan pengasingan untuk yang belum menikah, dan dirajam untuk pelaku yang sudah menikah, berdasarkan hadits Nabi :

إذا أتى الرجل الرجل فهما زانيان

“ Apabila seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, maka kedua-duanya adalah berbuat zina.”

Abu Hanifah berpendapat bahwa pelaku homoseks dihukum ta’zir, iaitu hukuman yang bertujuan edukatif ( mendidik ), dan berat ringan hukuman itu diserahkan kepada Hakim.
Menurut Sayyid Sabiq, bahawa lesbian di hukum ta’zir. Jadi hukuman terhadap lesbian lebih ringan bila dibandingkan dengan hukuman homoseksual. Hal ini disebabkan kerana perbezaan perlakuan.

KESAN DARIPADA KEGIATAN HOMOSEKSUAL.

Menurut Dr. Muhammad Rashfi dalam kitabnya al-Islam wa al-Tib mengatakan bahawa Islam melarang keras homoseks yang mempunyai kesan negatif terhadap kehidupan peribadi dan masyarakat, antara lain seorang gay tidak mempunyai keinginan terhadap wanita. Jika mereka melangsungkan perkahwinan maka isterinya tidak akan mendapatkan kepuasan biologi, kerana minat seksual suami yang cenderung kepada lelaki dan akibatnya hubungan suami isteri menjadi renggang tidak tumbuh cinta dan kasih sayang. Keduanya, perasaan cinta antara sesama jenis membawa kelainan jiwa yang menimbulkan suatu sikap dan perilaku yang ganjil, seorang gay kadang-kadang berkelakuan seperti lelaki dan pada masa yang sama seperti wanita. Selain itu, homoseks boleh mengakibatkan kerosakan pada saraf otak, melemahkan akal dan menghilangkan semangat kerja serta mudah terjangkit berbagai penyakit berbahaya.


Dari sudut kesihatan pula, kegiatan gay dan lesbian juga tidak digalakkan. Ini kerana menurut kajian dari pakar perubatan menunjukkan bahawa golongan gay dan lesbian adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mental ( kemurungan / membunuh diri ), penyalahgunaan dadah dan pil khayal serta menimbulkan masalah tingkah laku yang serius. Yang paling penting, mereka berisiko tinggi untuk mendapat Jangkitan seksual (STI's) jika mereka melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, terutama AIDS mula sekali dikesan di kalangan lelaki homoseksual yang mana perbuatan liwat mudah dijangkiti virus HIV.

AKIBAT AKTIVITI HOMOSEKSUAL :

Institusi perkahwinan akan runtuh
Mendapat balasan azab diakhirat
Dijangkiti pelbagai jenis penyakit seperti sifilis dan AIDS
Masyarakat tidak aman dan tenteram
Maruah diri, masyarakat dan agama tercemar


HIKMAT ALLAH MENGHARAMKAN HOMOSEKSUAL:

Lahir keturunan bersih dalam keluarga
Jiwa sentiasa tenang
Diri selamat dari penyakit merbahaya yang tiada ubatnya
Wujud pergaulan yang bermoral / akhlak mulia dalam masyarakat


SENARIO HOMOSEKSUAL DI MALAYSIA

Walaupun Malaysia diiktiraf sebagai Negara Islam, namun kegiatan homoseksual kian berkembang di negara ini. Ini dibuktikan dengan pendedahan yang dibuat oleh beberapa media. Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 Julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar

Jika kita menyingkap berita beberapa bulan sebelum ini, kita telah dikejutkan dengan isu kahwin sejenis yang berlaku di Sarawak, tetapi pasangan yang dimaksudkan itu kedua-duanya adalah lelaki, di mana salah seorang di antaranya telah melakukan pembedahan plastik dan berjaya menukar jantinanya menjadi seorang perempuan. Perkahwinan mereka telah disahkan oleh salah sebuah gereja di negeri itu.

Isu tersebut telah mendapat liputan dan juga maklumbalas yang meluas di kalangan pelbagai pihak di negara ini, termasuklah para ilmuan, mufti, ahli siasah dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih atas ulasan anda