selamat tahun baru kepada para pembaca blog sekalian walaupun agak terlewat sedikit.
tidak sah rasanya kalau kedatangan tahun baru ( terutama tahun masihi la )tidak disambut meriah. kalau diteliti tahap membazir pun ada. walau bagaimana cara ia disambut, pastinya pada waktu inilah meningkatnya kes-kes remaja. bermula pada malam ambang 1 januari, banyak tangkapan telah dilakukan oleh pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan. sebut saja apa operasi yang dilakukan, pasti ada tangkapan yang dibuat. yang menjadi persoalannya, siapakah yang paling ramai ditangkap? majoriti pasti bersetuju dengan saya, berdasarkan laporan akhbar dan berita, tidak dinafikan kebanyakan yang ditahan adalah orang MELAYU! adakah kerana Malaysia diperintah oleh orang Melayu maka rakyat berbangsa Melayu boleh melakukan apa sahaja hingga sanggup membelakangkan undang-undang? lebih memalukan seorang yang sudah bergelar nenek ditangkap berkhalwat.na'uzubillah... inikah yang kita harapkan setiap kali datangnya tahun baru? hakikatnya inilah yang sering berlaku. pada masa inilah pihak berkuasa dari seluruh jabatan meningkatkan usaha membanteras jenayah & maksiat.
tidak menjadi kesalahan menyambut tahun baru tetapi biarlah berpada-pada. tidak terlalu mengikut kehendak hati. kelak diri sendiri yang rugi.
warga Sekolah Agama Lebai Mohd Ya'kob
ALLAHYARHAM LEBAI MUHAMMAD BIN YA'KOB
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kasih atas ulasan anda