warga Sekolah Agama Lebai Mohd Ya'kob

warga Sekolah Agama Lebai Mohd Ya'kob

ALLAHYARHAM LEBAI MUHAMMAD BIN YA'KOB

ALLAHYARHAM LEBAI MUHAMMAD BIN YA'KOB

Selasa, 29 September 2009

SEKOLAH SAYA

LOKASI SEKOLAH AGAMA LEBAI MOHD YA'KOB

Sekolah Agama Lebai Mohd Ya'kob terletak dalam daerah Pontian di tengah-tengah pekan Ayer Baloi bersebelahan dengan Masjid Ayer Baloi.


SEJARAH SEKOLAH AGAMA LEBAI MOHD YA’KOB


Sekolah Agama Lebai Mohd Ya’kob diambil bersempena dengan nama Tuan Haji Muhammad Afendi bin Ya’kob iaitu pewakaf tanah bangunan ini. Sekolah Agama Lebai Mohd Ya’kob mulai dibuka pada hari Sabtu 18 September 1982 bersamaan 30 Zulkaedah 1403 ( bangunan sendiri ). Sebelum ini, Sekolah Agama Lebai Mohd Ya’kob telah menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi mulai 1 Oktober 1922.

Pembukaan semula Darjah Khas Ayer Baloi bermula pada hari Sabtu 19 Januari 1985 bersamaan 27 Rabi’ul Akhir 1405 dengan arahan tuan pengelola Sekolah Agama Daerah ketika itu iaitu Tuan Hadam bin Abdullah.

Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah Tuan Haji Abdullah bin Hamzah, Tuan Haji Norsiman bin Haji Yunos, Tuan Haji Yusof bin Osman, Encik Mohd Sami’in bin Paiman, Encik Mohd Ismail bin Masad, Tuan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Ali, Tuan Haji Mohammad Syafi’e bin Sojak dan terkini Puan Hajjah Fadhilah binti Abdul Hamid.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah... ada juga seseorang yang mahu mengulas mengenai sejarah sekolah lebai mohamad..
    diharap ustazah juga dapat mengulas lebih lanjut tentang sejarah haji lebai mohamad..

    BalasPadam

terima kasih atas ulasan anda