warga Sekolah Agama Lebai Mohd Ya'kob

warga Sekolah Agama Lebai Mohd Ya'kob

ALLAHYARHAM LEBAI MUHAMMAD BIN YA'KOB

ALLAHYARHAM LEBAI MUHAMMAD BIN YA'KOB

Jumaat, 15 Januari 2010

peristiwa 15 januari 2010

salam sejahtera


hari ini,jumaat 4.15 petang, tercipta sejarah sepanjang hidup.aku akhirnya berjaya melakukan solat sunat gerhana matahari.seumur hidup baru kali ni dapat buat.syahdu sangat masa solat tadi.terharu sangat.hajat selama bertahun menjadi kenyataan.
syukur ya tuhan kerana memberi kesempatan kepadaku merasai nikmat solat gerhana matahari.solat sunat yang jarang-jarang dapat dilakukan. cuma aku terlepas buat solat sunat gerhana bulan yang lepas.huhuhuhuhu.......

Sabtu, 2 Januari 2010

selamat tahun baru 2010

selamat tahun baru kepada para pembaca blog sekalian walaupun agak terlewat sedikit.

tidak sah rasanya kalau kedatangan tahun baru ( terutama tahun masihi la )tidak disambut meriah. kalau diteliti tahap membazir pun ada. walau bagaimana cara ia disambut, pastinya pada waktu inilah meningkatnya kes-kes remaja. bermula pada malam ambang 1 januari, banyak tangkapan telah dilakukan oleh pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan. sebut saja apa operasi yang dilakukan, pasti ada tangkapan yang dibuat. yang menjadi persoalannya, siapakah yang paling ramai ditangkap? majoriti pasti bersetuju dengan saya, berdasarkan laporan akhbar dan berita, tidak dinafikan kebanyakan yang ditahan adalah orang MELAYU! adakah kerana Malaysia diperintah oleh orang Melayu maka rakyat berbangsa Melayu boleh melakukan apa sahaja hingga sanggup membelakangkan undang-undang? lebih memalukan seorang yang sudah bergelar nenek ditangkap berkhalwat.na'uzubillah... inikah yang kita harapkan setiap kali datangnya tahun baru? hakikatnya inilah yang sering berlaku. pada masa inilah pihak berkuasa dari seluruh jabatan meningkatkan usaha membanteras jenayah & maksiat.

tidak menjadi kesalahan menyambut tahun baru tetapi biarlah berpada-pada. tidak terlalu mengikut kehendak hati. kelak diri sendiri yang rugi.